Sabtu, 6 Ogos 2011

Ranking Kejohanan Futsal IPT 2011

Kedudukan UTeM no 2 di carta liga membolehkan UTeM berada di zon selesa untuk berentap ke Grand Final yang akan diadakan di UIAM Pahang.Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan para pemain... :)

Jumaat, 29 Julai 2011

KEHANGATAN DI STADIUM BUKIT JALIL

kehangatan di Stadium Bukit Jalil amat terasa bahang sekali apabila dibanjiri lebih 90,000 peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Singapura untuk kempen pra kelayakan piala dunia 2014.Memang sesak nafas aku ketika hendak pergi dan hendak balik ke stadium.



bergambar di depan kafetaria pelajar sblm pergi 

baru sampai stesen bandar tasik selatan,dh penuh dengan penyokong bola sepak



sampai sahaja di stesen Bukit Jalil,lautan manusia telah tiba diperkarangan stadium.Tak silap aku baru pukul 5.30 ptg wktu itu.





keadaan di dalam stadium





Ultras Malaya






Yg aku respect nye,mase Lagu Negaraku dimainkan,semua sama-sama menyanyikannya.naik bulu roma aku.




Isnin, 25 Julai 2011

TUNGGU KEMUNCULAN KAMI

Insyaallah,pada 10 sehingga 13 November,Pasukan Futsal UTeM lelaki dan perempuan akan bertandang di Pulau Pinang untuk melengkapkan sirkit yang terakhir pada Kejohanan Futsal IPT Sirkit 8 Terbuka 2011.Kolej Komuniti Kepala batas telah menjadi tuan rumah untuk sirkit terakhir pada kali ini.Diucapkan selamat maju jaya kepada para pemain.Banyak-banyak la training terutamanya bagi pasukan perempuan ni.... :D



Pasukan Futsal UTeM (lelaki)



Pasukan Futsal UTeM (perempuan)

Meet Uncle Hussain Feat Hazama AF9- Pokok


Sama-sama la kita layan lagu ni.BEST........ 
Keep smile always...... :D



Ahad, 24 Julai 2011

KEJUTAN BUAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Pasukan Futsal UTeM lelaki sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir bertemu dengan UiTM Shah Alam pada Kejohanan Futsal IPT 2011 sirkit 4 Zon Timur yang telah diadakan di Felda Jengka,Pahang pada 30 Jun sehingga 3 Julai 2011.Sebelum ini,Kejohanan Futsal IPT 2011 sirkit 4 Zon Selatan,pasukan futsal UTeM  lelaki berjaya ke perlawanan akhir bertemu dengan Politeknik Johor Bahru setelah menumpaskan tuan rumah,UTM di separuh akhir.Mengikut perangkaan tempat,Kejohanan Futsal IPT 2011 Sirkit 4 Zon Timur sepatutnya diadakan di PSMZA,Terengganu.Walaupun hanya mendapat naib johan setiap sirkit,ianya cukup bermakna bagi kami.Apapun diucapkan tahniah kepada para pemain.... ;)



Naib Johan Kejohanan Futsal IPT 2011 Sirkit 4 Zon Timur,UiTM Jengka,Pahang






Naib Johan Kejohanan Futsal IPT 2011 Sirkit  1 Zon Selatan,UTM Skudai,Johor